12
Thu, Mar

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU

KOTA TINGGI, 29 NOVEMBER – Cubaan menyeludup masuk 24 tan ayam sejuk beku ke negara ini berjaya digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu operasi semalam.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, hasil maklumat risikan yang dijalankan telah membawa kepada penahanan sebuah bot gentian kaca mencurigakan di jeti persendirian Teluk Kabung, Pasir Gudang pada pukul 2.45 petang.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui 2,071 kotak ayam sejuk beku seberat kira-kira 12 kilogram setiap satu, dipercayai cuba dibawa masuk tanpa kelulusan bagi mengelakkan kawal selia pihak berkuasa. Seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Sebuah lori yang disyaki digunakan untuk mengangkut semua kotak ayam tersebut turut dirampas. Nilai keseluruhan rampasan mencecah RM600 ribu,” jelas beliau.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 kerana membawa masuk barangan tanpa kelulusan sah," katanya.

Mohd Najib menegaskan, operasi ini menunjukkan komitmen berterusan Maritim Malaysia membanteras jenayah maritim, termasuk penyeludupan barangan kawalan yang boleh menjejaskan keselamatan dan ekonomi negara.

Sementara itu beliau turut menyeru orang awam menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penyeludupan, pencerobohan atau jenayah maritim melalui Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Sedili di talian 07-8916591 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

SELUDUP AYAM KT3
 
SELUDUP AYAM KT4
 
SELUDUP AYAM KT2

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON