29
Wed, Apr

PENCARIAN HARI KELAPAN: OP CARILAMAT DUA NELAYAN DIKHUATIRI HILANG DITAMATKAN

BINTULU, 12 NOVEMBER – Operasi Mencari dan Menyelamat (OP CARILAMAT) dua nelayan dilaporkan hilang dalam insiden vesel terbalik di perairan Tanjung Payung ditamatkan pada jam 6.30 petang tadi, setelah OP CARILAMAT yang memasuki hari kelapan itu gagal menemukan mangsa.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, operasi ini telah melibatkan bantuan agensi sahabat iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Pencarian pada hari ini meliputi kawasan pencarian seluas 72.40 batu nautika persegi dan menjadikan luas keseluruhan sektor pencarian adalah 394.60 batu nautika persegi,"

"Keputusan untuk menamatkan OP CARILAMAT ini telah diputuskan oleh SAR Mission Coordinator (SMC) Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak setelah tiada penemuan mangsa hari ini,” katanya.

Tambahnya lagi, operasi pada hari kelapan telah melibatkan 50 anggota dan pegawai dengan menggerakkan satu aset dari Maritim Malaysia iaitu bot PETIR 10 dan satu aset dari Pasukan Polis Marin (PPM) iaitu Kapal PA-49.

Maritim Malaysia merakamkan penghargaan kepada semua agensi sahabat yang terlibat sepanjang OP CARILAMAT ini dijalankan.

Maritim Malaysia ingin menasihatkan komuniti maritim agar tidak turun ke laut ketika cuaca buruk, serta sentiasa mematuhi prosedur keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sebarang maklumat atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh melaporkannya ke talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Bintulu melalui talian 086-314 254 / Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432 544) untuk maklum balas segera.

CARILAMAT BNL
 
CARILAMAT BNL4
 
CARILAMAT BNL3
 
CARILAMAT BNL5

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON