29
Wed, Apr

KEJADIAN BOT PATI KARAM DI PERAIRAN SEMPADAN, SEMBILAN MANGSA DITEMUI HARI INI

LANGKAWI, 10 NOVEMBER – Operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) insiden bot dipercayai membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand diteruskan hari ini dengan penemuan sembilan mangsa setakat pukul 7.00 petang, semalam.
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, hasil pencarian pada hari ini, telah menemukan sembilan PATI terdiri tiga mangsa masih hidup dan enam dilaporkan telah meninggal dunia di sekitar perairan Langkawi.
Pada pukul 3.11 petang, Maritim Rescue Sub Center (MRSC) Langkawi mendapat panggilan daripada JKK Kuala Muda memberitahu terlihat dua lelaki terapung di kawasan tuas Kuala Muda Teriang dan seterusnya diselamatkan oleh bot nelayan tempatan.
Bot PERKASA 26 telah diaturgerak ke kawasan dilaporkan bagi menyelamatkan mangsa dan membawa ke Jeti Maritim malaysia Langkawi sebelum diserahkan kepada IPD Kuah untuk siasatan lanjut.
“Pada pukul 5.00 petang Bot PETIR 81 menemukan mayat seorang kanak-kanak perempuan yang terapung di laut dan dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Langkawi sebelum diserahkan kepada Polis Kuala Teriang,” jelas Romli.
Selang sejam selepas itu, bot DOF 2511 memaklumkan telah menemui satu mangsa lelaki terapung dan seterusnya dibawa ke jeti Perikanan Langkawi untuk tindakan lanjut sebelum diserahkan kepada pihak polis.
“30 minit kemudian, bot DOF 2511 turut menemui mayat seorang wanita terapung di laut dan seterusnya dibawa ke jeti Perikanan Langkawi untuk tindakan lanjut,” tambah beliau.
Di lokasi berasingan, KM SIANGIN memaklumkan telah menemui empat mayat wanita dan seterusnya bot BENTENG 7 telah mengambil mayat-mayat tersebut dan dibawa ke Jeti kilang Semen Teluk Ewa sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Untuk rekod, sektor pencarian mangsa bot karam ini telah diperluaskan meliputi 170 batu nautika persegi.
Pangkalan Hadapan CARILAMAT (PHC) turut ditubuhkan di Pejabat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis.
Orang ramai khususnya komuniti maritim seperti nelayan dan pengusaha bot pelancongan diminta melaporkan segera kepada pihak Maritim Malaysia dengan menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia di talian 04-966 2750 sekiranya menemui sebarang petunjuk atau mangsa bot tersebut bagi tindakan menyelamat.
Op CARILAMAT ditangguhkan pada pukul 7.00 petang dan akan bersambung semula esok. 
Terdahulu Operasi CARILAMAT ini dijalankan susulan insiden salah satu daripada tiga bot yang membawa kira-kira 300 penumpang imigran telah karam di Pulau Tarutao di kawasan perairan sebelum sempadan Thailand–Malaysia.
 
CARILAMAT UP2
 
CARILAMAT UP3
 
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON