29
Wed, Apr

LAGI OPERASI BERSEPADU DIJALANKAN DI PERAIRAN NEGERI PULAU PINANG

PULAU PINANG, 19 SEPTEMBER – Tindakan memeriksa beberapa buah Vesel Nelayan Tempatan (VNT)  telah dilaksanakan dalam Operasi Bersepadu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang bersama Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang bermula 17 September dan berakhir pada pukul 5.00 petang, semalam.

Operasi melibatkan dua fasa iaitu fasa laut dimana penguatkuasaan tertumpu di sekitar perairan Negeri Pulau Pinang pada 17 September 2025. Manakala fasa di darat tertumpu di sekitar jeti nelayan Kuala Muda, Penaga dan Batu Kawan, Negeri Pulau Pinang.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Muhammad Suffi bin Mohd Ramli berkata, operasi diketuai oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Mohd Hashim bin Mat Zain serta beberapa pegawai pasukan sahabat yang lain telah berjaya menahan dua buah VNT kelas C sewaktu penguatkuasaan fasa di laut pada 17 September 2025.

“Kesemua kru ditahan berumur lingkungan 40 hingga 56 tahun merupakan warga Thailand yang mengemudikan VNT berkenaan.”

“Hasil pemeriksaan juga mendapati kedua – dua VNT tersebut terdapat hampir tiga tan hasil ikan yang diperolehi daripada aktiviti perikanan mereka. Sebanyak 23 unit Bubu Naga juga turut di rampas sewaktu fasa di darat dilaksanakan,” ujar beliau.

Tambah beliau, mereka yang ditahan akan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 di bawah Seksyen 8(b) dan Akta Imigresen 1959/63.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang menzahirkan ucapan terima kasih kepada agensi sahabat yang terlibat dalam operasi bersama kali ini. Kerjasama ini akan ditekankan mengikut situasi semasa sebagai satu koordinasi yang mantap bagi menguatkuasakan undang - undang secara bersepadu.

 

OP BERSEPADU PENANG2
 
OP BERSEPADU PENANG3
 
OP BERSEPADU PENANG4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON