29
Wed, Apr

DUA WARGA INDONESIA DITAHAN CUBA CEROBOH MASUK MALAYSIA

PONTIAN, 12 SEPTEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor menahan dua lelaki warga Indonesia selepas dipercayai cuba memasuki Malaysia melalui laluan tidak sah di perairan Johor awal pagi tadi.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor, Kepten Maritim Kama Azri bin Kamil berkata, tangkapan dilakukan pada pukul 12.30 pagi di lokasi 2.3 batu nautika barat daya Tanjung Piai.

Tambah beliau, pihaknya mengesan sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran yang bergerak dari sempadan Indonesia (Karimun) menuju ke perairan Tanjung Piai.

Mengesan pergerakan mencurigakan bot tersebut, pihak Maritim Negeri Johor segera menggerakkan bot PERKASA 43 untuk membuat pemeriksaan. Tangkapan ini dilakukan dalam operasi OP JAKSA/OP TODAK 2/2021/OP TIRIS 3.0.

“Bot PERKASA 43 berjaya menahan dua individu berusia 38 dan 51 tahun yang merupakan warganegara Indonesia,”

“Mereka didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai telah memasuki Malaysia tanpa izin melalui jalan yang tidak diwartakan,” katanya.

Kama Azri turut memaklumkan, kedua-dua individu tersebut kini disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki perairan Malaysia tanpa kebenaran yang sah.

“Pihak kami akan terus memperketatkan penguatkuasaan di perairan Johor dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang negara,” jelasnya.

Maritim Malaysia turut menegaskan bahawa operasi rutin seperti ini akan diteruskan bagi memastikan keselamatan perairan negara terjamin daripada ancaman aktiviti penyeludupan dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung sebarang jenayah atau aktiviti mencurigakan di laut boleh menyalurkannya ke talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di 07-2199401.

INDO CEROBOH
 
INDO CEROBOH3

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON