27
Mon, Apr

VESEL LAYAR WARGA AMERIKA SYARIKAT ALAMI KECEMASAN DI PERAIRAN MIRI

MIRI, 21 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bertindak pantas selepas menerima isyarat kecemasan daripada sebuah vesel layer milik dua warga Amerika Syarikat yang mengalami masalah jentera di perairan Miri, lewat petang semalam.

Menurut Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad, sebuah kapal peronda segera digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat berhubung insiden tersebut.

“Hasil operasi mengesan mangsa, kapal peronda kami berjaya menemukan vesel layar yang berdaftar sebagai FRENCH KISS bersama dua individu warga Amerika Syarikat dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya.

Vesel berkenaan kemudiannya diiring ke Jeti Marina Bay, Miri untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Maritim Malaysia menasihatkan orang ramai agar sentiasa membawa alat Personal Locator Beacon (PLB) dan memakai jaket keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Sebarang insiden kecemasan atau maklumat berkaitan keselamatan di laut boleh dilaporkan melalui talian kecemasan 999 atau terus ke Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085-649111, serta Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 / 082-432016 bagi tindakan segera.

 

VESEL MIRI 2
 
VESEL MIRI 3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON