27
Mon, Apr

TIGA NELAYAN TEMPATAN SELAMAT DIBAWA PULANG KE TAHAN AIR DARI LANGSA, INDONESIA

LANGKAWI, 28 JANURI – Tiga nelayan tempatan yang dilaporkan hilang di laut setelah keluar merawai di perairan Pulau Payar pada 11 Januari lalu disahkan selamat di Imigrasi Langsa, Indonesia dan telah berjaya dibawa pulang dengan selamat ke Malaysia dari Jeti Langsa, Acheh, Indonesia pada 23 Januari lalu.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, proses membawa pulang rakyat Malaysia tersebut bersama vesel mereka adalah melibatkan kerjasama erat pelbagai pihak termasuk Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Laut (TNI-AL), pihak Konsulat serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Terdahulu Romli memaklumkan, berikutan cuaca buruk dan keadaan laut yang tidak selamat untuk pelayaran, proses membawa pulang ketiga-tiga rakyat Malaysia tersebut terpaksa ditangguhkan.

Walau bagaimanapun jelas beliau, hasil perbincangan antara Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi bersama Pegawai Medan (RMNLO), pergerakan tiga rakyat Malaysia bersama vesel mereka dari Langsa, Acheh ke sempadan perairan Malaysia-Indonesia dilakukan pada 22 Januari lalu selepas menilai faktor cuaca yang semakin baik dan sesuai untuk pelayaran.

Tiga nelayan terbabit bersama vesel yang dinaiki telah diiring anggota TNI-AL bagi memastikan keselamatan mereka sepanjang pelayaran pulang.

Kapal Maritim (KM) Siangin kemudiannya telah berjaya melaksanakan pertemuan dengan vesel tiga rakyat Malaysia tersebut di sekitar perairan Pulau Perak pada 5.30 petang hari tersebut.

Vesel tersebut diiring ke Pulau Payar untuk penyerahan kepada Bot PERKASA 1224 dari Zon Maritim Kuala Kedah dan seterusnya mengiringi vesel tersebut ke Jeti Pangkalan Batu Lintang dan tiba dengan selamat di Jeti Pangkalan Batu Lintang pada pukul 4.00 pagi hari berikutnya.

Pihak Zon Maritim Kuala Kedah kemudiannya telah membuat pengesahan kepada keluarga mangsa bahawa ketiga-tiga rakyat Malaysia tersebut telah selamat kembali ke rumah masing-masing.

Maritim Malaysia mengucapkan penghargaan terima kasih kepada semua pihak termasuk Pegawai Medan (RMNLO) pihak Konsulat, TNI-AL dan Imigrasi Indonesia dalam menjayakan misi ini.

Sekiranya terdapat sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut, orang ramai diminta melaporkan ke talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah & Perlis di talian 04-9662750 untuk tindakan segera.

 

NELAYAN PULANG3
 
NELAYAN PULANG4
 
NELAYAN PULANG2
 
 NELAYAN PULANG
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON