27
Mon, Apr

REMAJA HILANG KETIKA MANDI DI PANTAI BATU SATU, KUALA BARAM

MIRI, 14 JANUARI – Seorang remaja berusia 16 tahun hilang dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama rakan, lewat petang semalam.

Menurut Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad, berdasarkan laporan awal, mangsa telah keluar bersama tiga rakannya untuk bermandi-manda di Pantai Batu Satu, Kuala Baram, pada jam 4.00 petang.

“Pada jam 5.00 petang, rakan mangsa memaklumkan kepada pengadu yang juga ibu mangsa bahawa anaknya telah hilang dan dikhuatiri lemas ketika mereka sedang leka berenang di pantai tersebut,

“Bertindak atas maklumat, dua aset laut Maritim Malaysia telah digerakkan ke kawasan kejadian bagi melaksanakan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT),” Kata Mohd Khairol.

Turut terlibat dalam Operasi CARILAMAT itu ialah Pasukan Polis Marin (PPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS).

Berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia di kawasan Kuala Baram semalam, angin bertiup dari arah tenggara dengan kelajuan 20 hingga 30 kilometer sejam dengan ketinggian ombak yang mencatatkan satu hingga 1.5 meter serta hujan pada beberapa tempat di sekitar daerah Miri.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga jika perlu melakukan aktiviti di laut dengan memakai jaket keselamatan serta jika cuaca tidak mengizinkan, tangguhkan dahulu niat untuk turun ke laut agar terhindar daripada sebarang insiden.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Miri melalui talian 085-649 111 atau Maritim Negeri Sarawak (082-432 544 / 082-432 016) atau NG 999 untuk maklum balas segera.

 

HILANG MIRI2
 
HILANG MIRI3
 
HILANG MIRI4
 
HILANG MIRI5
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON