KUALA TERENGGANU, 5 DISEMBER – Maritim Negeri Terengganu melalui Kelab Kebajikan dan Sukan Maritim Malaysia (KESMAR) telah menggerakkan anggota bagi membantu warga Maritim Malaysia yang terkesan oleh bencana banjir di negeri Terengganu.
Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid berkata bantuan tenaga kerja serta barangan asas dan sokongan kewangan yang dihulurkan kepada 6 keluarga yang merupakan warga kerja Maritim Malaysia merupakan tanda keprihatinan serta cakna Maritim Malaysia terhadap anggota.
KESMAR Maritim Negeri Terengganu bersimpati terhadap mangsa serta berdiri teguh bersama mereka dalam mendepani ujian yang melanda warga Maritim Malaysia.
Bantuan dan sokongan moral terhadap warga yang dilanda musibah akan sentiasa menjadi keutamaan.













