BACHOK, 3 DISEMBER – Maritim Negeri Kelantan melupuskan 66 peti rokok kretek bernilai lebih RM600 ribu di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal, Beris Lalang Bachok, di sini hari ini.
Pengarahnya, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi berkata, pelupusan ini melibatkan rokok tidak bercukai yang dirampas dan disiasat dibawah Akta Kastam 1967 pada Mei tahun lalu.
Kesemua rokok itu dilupuskan menerusi kaedah musnah dan tanam di tapak pelupusan sisa pepejal yang turut disaksikan oleh pegawai penyaksi pelupusan.
Pihaknya akan terus membuat pemantauan membabitkan kemasukan rokok yang diseludup secara haram menerusi rondaan dan operasi secara berterusan bagi membanteras aktiviti penyeludupan yang akan merugikan negara.
Masyarakat dan komuniti maritim di Negeri Kelantan juga digesa untuk terus menjadi `mata dan telinga' kepada Maritim Malaysia khususnya Maritim Negeri Kelantan agar aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti penyeludupan rokok ini dapat dibanteras.













