26
Sun, Apr

PADAH TARIK TEPI, EMPAT WARGA ASING DITAHAN

SANDAKAN, 3 DISEMBER – Sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) ditahan Zon Maritim Sandakan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan berhampiran Sungai Asam petang semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain berkata, KM TEBRAU ketika menjalankan OP PLUTO TIMUR / OP KHAS CEGAH PATI (OCP) UTARA COVID 19 DAN OP TIRIS 3.0 mengesan vesel itu menerusi radar sedang menarik pukat di luar kawasan yang tidak dibenarkan iaitu 2.6 batu nautika dari daratan terhampir.

Hasil pemeriksaan, tekong warga Indonesia, 76 tahun, mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah manakala tiga lagi awak-awak berumur 19 hingga 41 tahun disyaki berbangsa Palauh mengemukakan dokumen pengenalan diri yang meragukan.

Pemeriksaan ke atas vesel terbabit turut menemukan radio VHF yang digunakan tidak menepati standard yang ditetapkan oleh SIRIM.

Kesemua suspek serta vesel diiringi ke Jeti Zon Maritim Sandakan sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana memiliki dokumen pengenalan diri yang meragukan, Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen dan Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 kerana mengendalikan kelengkapan komunikasi yang bertentangan dengan standard.

Suhairy turut mengingatkan kepada komuniti maritim agar sentiasa bekerjasama dengan pihak Maritim Malaysia dalam menyalurkan sebarang maklumat berkaitan dengan aktiviti menyalahi undang-undang atau kecemasan di laut dengan menghubungi terus bilik operasi 24 jam Zon Maritim Sandakan di talian 089-229504 atau talian kecemasan 999.

 

TARIK TEPI SKN 2

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON