27
Mon, Apr

KDN LUPUS ABU AL-QURAN KE LAUT DI PERAIRAN TAWAU

TAWAU, 30 NOVEMBER – Kementerian Dalam Negeri melalui Bahagian Penguatkuasaan dan Bekalan Negeri Sabah bersama Zon Maritim Tawau telah mengadakan Program Pelupusan Abu Al-Quran bertempat di perairan Tawau baru-baru ini.

Program telah disempurnakan oleh Setiausaha Bahagian, Bahagian Penguatkuasaan dan Bekalan KDN, Tuan Nik Yusaimi bin Yussof bersama Pengarah Bahagian Negeri Sabah, Tuan Venais bin Sabin @ William.

Program yang julung kalinya dilaksanakan di Negeri Sabah itu membabitkan pelupusan sebanyak 2.6 tan abu Al-Quran dari Pusat Pelupusan Al Quran, Masjid Babus Saadah, Kg Muhibbah Raya, Tawau.

Untuk pelupusan itu, KM MEDANG yang diketuai oleh Pegawai Memerintah, Leftenan Komander Maritim Faizal bin Kamaruddin, telah ditugaskan bagi membawa abu Al-Quran tersebut untuk dilupuskan ke laut dengan jarak lebih kurang 6 batu nautika dari Bandar Tawau.

Al-Quran adalah kitab suci umat Islam yang harus dihormati dan perlu dijaga. Terdapat beberapa kaedah khusus yang perlu dilakukan sekiranya ingin melupuskan Al-Quran. Antara cara pelupusan adalah dengan membakar Al-Quran tersebut di tempat yang sesuai dan abunya dihanyutkan ke dalam air sungai atau air laut yang deras.

Al-Quran juga boleh dibakar dan kemudian abunya ditanam ke dalam tanah atau Al-Quran yang sudah rosak boleh ditanam ke dalam tanah yang tidak dilalui orang atau binatang buas.

Dengan mengambil kira cara terbaik bagi melupuskan Al-Quran, kesemua abu Al-Quran berjaya dilupuskan dengan kaedah penenggelaman di laut bagi memastikan kesucian dan kemuliaan Al-Quran terpelihara.

Maritim Malaysia sentiasa memberikan perkhidmatan dan kerjasama baik khususnya kepada pihak KDN bagi melancarkan proses pelupusan abu Al Quran.

 

TERIMA KENDERAAN 2
 
TERIMA KENDERAAN 3
 
TERIMA KENDERAAN 5
 
TERIMA KENDERAAN 6

 

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON