27
Mon, Apr

MARITIM NEGERI KELANTAN KERAH PASUKAN BANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR

PASIR PUTEH, 29 NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menerusi Maritim Negeri Kelantan mengerah pasukannya bagi membantu penduduk terjejas banjir di sekitar Pasir Puteh.

Bermula awal pagi tadi, sepasukan pegawai dan anggota diketuai Leftenan Muda Maritim Mohamad Sharizal bin Murat bersama sebuah jentera muatan 3 tan telah diatur gerak bagi membantu pasukan sahabat memindahkan penduduk daripada kawasan perkampungan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Cherang Ruku.

Lebih 50 penduduk terjejas banjir berjaya dipindahkan daripada kawasan terjejas ke PPS. Seorang pesakit demam denggi dari Klinik Kesihatan Cherang Ruku juga dibantu untuk dibawa ke Hospital Tengku Anis pada lewat petang tadi.

Operasi hari ini menjadi bukti komitmen Maritim Malaysia dalam sama-sama membantu agensi sahabat meskipun tumpuan utama tugas Maritim Malaysia adalah di kawasan perairan negara.

Keseluruhan usaha ini melibatkan kerjasama erat antara semua pasukan penyelamat seperti PDRM, BOMBA, APM, ATM dan yang lain.

Krisis banjir ini memerlukan sokongan semua pihak. Sama-sama kita doakan agar segala urusan pasukan penyelamat dan penduduk terjejas banjir dimudahkan dan kembali pulih dengan segera.

 

 

BANJIR KELANTAN
 
BANJIR KELANTAN 2
 
BANJIR KELANTAN 4
 
BANJIR KELANTAN 5

 

 

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON