26
Sun, Apr

MARITIM NEGERI KEDAH & PERLIS TAHAN DUA PEKERJA SANGKAR IKAN POSITIF DADAH

PULAU LANGKAWI, 25 JULAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pulau Langkawi berjaya menahan dua lelaki yang juga pekerja sangkar dalam satu operasi bersepadu yang dilaksanakan di perairan Kilim, Pulau Langkawi pada pukul 9.00 pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, operasi yang disertai seramai 13 orang pegawai dan anggota ini dilaksanakan bertujuan bagi membanteras aktiviti penagihan dadah di kalangan komuniti maritim terutamanya yang bekerja di laut.

Operasi ini juga dilaksanakan bagi membanteras aktiviti yang melanggar undang- undang di perairan negara khususnya di perairan Pulau Langkawi.

Menerusi operasi tersebut, seorang lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia ditahan positif dadah jenis Methamphetamine dan akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang dan sentiasa komited dalam meneruskan pengoperasian serta rondaan di sepanjang Zon Maritim Malaysia bagi mengekang aktiviti haram di perairan negara.

Pihak Maritim Negeri Kedah dan Perlis mengalu-alukan orang ramai bagi melaporkan sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia, Maritim Kedah dan Perlis di talian 04-9662750.

 

SANGKAR KEDAH 2
 
SANGKAR KEDAH 3
 
SANGKAR KEDAH 4
 
SANGKAR KEDAH 5
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON