26
Sun, Apr

DUA BOT NELAYAN VIETNAM CURI HASIL LAUT RM3.3 JUTA DITAHAN .

PASIR PUTEH, 30 MEI – Maritim Negeri Kelantan menahan dua bot nelayan asing Vietnam pada kedudukan lebih kurang 130 sehingga 140 batu nautika dari muara Tok Bali, Ahad lalu.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi berkata, tangkapan telah dilakukan di antara jam 10.00 pagi hingga 10.30 pagi oleh kapal ronda Maritim Malaysia ketika melakukan operasi di sempadan perairan negara dalam OP DAMAI, OP NAGA BARAT dan OP TIRIS.

Kesemua bot pada awalnya tidak memberikan kerjasama ketika diarahkan untuk berhenti namun suspek cuba melarikan diri ke sempadan perairan negara.

Kapal ronda Maritim Malaysia seterusnya bertindak memintas bot dan melakukan 'force boarding' untuk menghentikan bot-bot berkenaan.

Setelah pegawai dan anggota penguat kuasa berjaya menaiki bot, suspek akhirnya mengalah dan akur untuk memberikan kerjasama.

Pemeriksaan ke atas bot pertama mempunyai 17 kru termasuk tekong, manakala bot kedua mempunyai empat kru termasuk tekong menjadikan jumlah keseluruhan individu yang ditahan berjumlah 21 orang.

Kesemua kru bot disyaki warga Vietnam adalah dalam lingkungan umur di antara 16 hingga 67 tahun.

Jumlah keseluruhan hasil tangkapan dianggarkan seberat 7,000 kilogram.

Kesemua bot disyaki melakukan aktiviti perikanan secara haram di perairan negara dan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen kebenaran menangkap ikan di perairan Malaysia oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Dua tekong disyaki melanggar Seksyen 16 (3) Akta Perikanan 1985 kerana gagal memaklumkan pegawai berkuasa melalui radio atau faksimili tentang nama negara, bendera, lokasi laluan dan destinasi vesel untuk memasuki perairan perikanan Malaysia

Tangkapan kali ini melibatkan 21 kru termasuk tekong, rampasan dua bot, peralatan menangkap ikan, peralatan navigasi dan komunikasi serta bekalan diesel 2,500 liter dengan anggaran nilai RM3.3 juta.

Kesemua kru juga disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Sabit kesalahan, boleh dihukum denda sehingga RM6 juta kepada tekong dan RM600 ribu ke atas setiap kru mengikut Seksyen 25 (a) Akta Perikanan 1985, bot dan peralatan menangkap ikan juga boleh dilucut hak kepada kerajaan Malaysia.

Bagi kes di bawah Imigresen, tekong dan kru boleh dihukum denda tidak lebih daripada RM10 ribu atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan hukuman sebatan tidak lebih daripada enam kali sebatan mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63.

Proses membawa balik bot tahanan telah mengambil masa hampir 40 jam sebelum tiba di Jeti Maritim Negeri Kelantan pada jam 7.00 petang (Isnin) sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat.

 

KELANTAN VIETNAM
 
KELANTAN VIETNAM 4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON