04
Sat, May

35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG

LUMUT, 24 APRIL – Maritim Negeri Perak telah merampas sebanyak 35 set bubu naga atau bubu kamban (China Prawn Net Trap) di kedudukan sekitar 3.2 batu nautika dari barat laut Pulau Talang, Perak sekitar jam 1.30 pagi semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, bubu ini dikesan oleh sepasukan bot ronda Maritim Malaysia ketika sedang melaksanakan rondaan rutin dengan penemuan lampu yang mencurigakan di lokasi terbabit.

Jelas beliau, lampu yang mencurigakan tersebut kemudian dirapati untuk pemeriksaan lanjut.

Pemeriksaan mendapati lampu tersebut dipasang pada bendera serta pelampung yang diikat pada pancang kayu merupakan penanda kepada bubu naga yang dipasang oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

Kesemua bubu naga yang dianggarkan bernilai lebih dua ribu ringgit itu dirampas dan kemudiannya diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Sekiranya ditangkap, pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Jika disabitkan kesalahan, individu yang melakukan kesalahan berkenaan akan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut orang ramai boleh menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 untuk tindakan segera.

 

BUBU NAGA RAMPAS
 
BUBU NAGA RAMPAS 3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON