04
Sat, May

DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN

MERSING, 23 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Mersing telah menahan sebuah bot penumpang di kedudukan lebih kurang empat batu nautika barat Pulau Aur pada pukul 2.30 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, pasukan bot ronda Maritim Malaysia telah mengesan sebuah bot penumpang tersebut ketika melakukan rondaan rutin Op Jaksa, Op Tiris dan Op Khas Pagar Laut di perairan tersebut.

Hasil pemeriksaan mendapati, bot penumpang tersebut yang dikendalikan oleh dua kru warga tempatan berumur 35 dan 50 tahun disyaki melanggar syarat sah lesen kerana beroperasi di luar had yang dilesenkan.

Bot penumpang tersebut ditahan dan dibawa ke Jeti Awam Mersing sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah peraturan bot 1952.

Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dan tindakan tegas bakal diambil ke atas mana-mana pengusaha atau pemilik bot yang melanggar undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia.

Sebarang aduan dan salah laku jenayah maritim atau sebarang kejadian kecemasan di laut, orang ramai boleh segera menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-219 9404 atau MERS 999 untuk tindakan segera.

 

MERSING BOT
 
MERSING BOT 2
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON