06
Mon, May

RAMPASAN BUBU NAGA DI PULAU TALANG, BUKTI NELAYAN MASIH BERDEGIL

LUMUT, 20 APRIL – Maritim Negeri Perak telah merampas sebanyak 30 set bubu naga atau bubu kamban (China Prawn Net Trap) di kedudukan sekitar 4.9 batu nautika dari barat daya Pulau Talang, Perak pada sekitar jam 1.00 tengah hari semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, bubu yang berukuran lebih kurang 10 meter panjang setiap satu yang dipasang secara berangkai ini dikesan oleh sepasukan bot ronda Maritim Malaysia ketika sedang melaksanakan OP SAYONG / OP PINTAS / OP TANJUNG / OP TIRIS dan OP KHAS PAGAR LAUT dengan penemuan bendera yang mencurigakan di lokasi terbabit.

Jelas beliau, tinjauan secara dekat oleh anggota bot ronda mengesahkan bendera berwarna merah mencurigakan terapung di permukaan air yang diikat pada pancang kayu tersebut adalah penanda kepada bubu naga ini dipasang oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

Kesemua bubu naga yang dianggarkan bernilai lebih dua ribu ringgit itu dirampas dan kemudiannya diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Jika disabitkan kesalahan, individu yang melakukan kesalahan berkenaan akan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut orang ramai boleh menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 untuk tindakan segera.

 

BUBU PERAK
 
BUBU PERAK 3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON