30
Thu, May

20 NELAYAN WARGA ASING DITAHAN MARITIM MALAYSIA .

LUMUT, 19 APRIL – Maritim Negeri Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C bersama 20 nelayan warga asing di kedudukan 2.1 batu nautika Barat Laut Pulau Mentagor, Pangkor Perak kira-kira jam 7.00 petang semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, bot terbabit dikesan oleh pasukan bot ronda Maritim Malaysia ketika melakukan rondaan rutin OP SAYONG, OP PINTAS, OP TIRIS dan OP KHAS PAGAR LAUT di sekitar perairan negeri Perak.

Pemeriksaan mendapati, bot berkenaan dikendalikan oleh seorang tekong dibantu seorang kru warga Thailand yang memiliki dokumen pengenalan diri yang sah manakala 13 kru warga Myanmar dan lima kru warga Kemboja didapati mempunyai dokumen meragukan yang telah tamat tempoh.

Kesemua yang ditahan dalam linkungan umur 27 hingga 60 tahun, manakala bot dan peralatan menangkap ikan dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

Sebarang maklumat, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.50.38 PM 2
 
WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.50.38 PM 1
 
WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.50.38 PM
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON