03
Fri, May

KAPAL MT LAYAR ANGGUN 8 TERBAKAR DALAM PERAIRAN MALAYSIA

JOHOR BAHRU, 19 APRIL – Sebuah kapal MT Layar Anggun 8 yang berdaftar di Tanzania telah terbakar dan hanyut (Not Under Command) pada Selasa (16 April) lalu.

Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 3.30 petang di kedudukan 5.6 batu nautika tenggara Pulau Lima, Johor.

Maritim Negeri Johor dimaklumkan oleh pihak Zon Maritim Tanjung Sedili bahawa, aduan mengenai kejadian insiden berkenaan dilaporkan menerusi emel daripada pihak Vessel Traffic Management System (VTMS) Pasir Gudang.

Sejurus menerima maklumat itu, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah mengatur gerak aset-aset ke lokasi iaitu sebuah kapal dan bot ronda Maritim Malaysia namun kapal yang dilaporkan tidak berada di lokasi seperti yang dilaporkan.

Sekitar jam 4.30 petang, MRSC Johor Bahru telah menerima satu maklumat pengesahan bahawa kapal MT Layar Anggun 8 telah hanyut memasuki perairan Pulau Bintan, Indonesia dan kesemua 12 kru telah diselamatkan oleh pihak berkuasa Singapura di kedudukan 9.5 batu nautika timur Tanjung Punggai, Johor dalam wilayah laut Malaysia.

Merujuk Manual Search and Rescue (SAR) Kebangsaan, aset yang berada berhampiran lokasi kecemasan di laut harus memberikan bantuan tanpa mengira sempadan negara.

Terdahulu, Pihak Maritime and Port Authority of Singapore's (MPA) telah menerima laporan kejadian lebih awal ekoran kapal yang berada berdekatan lokasi insiden telah membuat aduan kepada Vessel Traffic Service (VTS) di bawah seliaan MPA.

Namun kejadian ini berlaku dalam perairan Malaysia seperti mana yang termaktub dalam Pembahagian Sektor Pelaporan Kapal Dalam Traffic Separation Scheme (TSS) Selat Melaka dan Singapura.

 

MT LAYAR ANGGUN 8

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON