02
Thu, May

KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN

KUALA SELANGOR, 17 APRIL – Kotak hitam helikopter Maritim Malaysia AW139 (M72-01) yang melakukan pendaratan cemas ketika melaksanakan latihan menyelamat pada 5 Mac lalu di sekitar perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor telah ditemukan hari ini.

Kotak hitam berkenaan ditemui pasukan Penyelam Penyelamat Maritim Malaysia selepas misi pencarian memasuki hari ke-44 berikutan ekor pesawat terbabit dikesan di kedudukan 1.9 batu nautika selatan Pulau Angsa iaitu kira-kira 760 meter dari lokasi nahas berlaku.

Setelah berjaya dinaikkan dari dasar laut, kotak hitam berkenaan telah dibawa ke makmal untuk dianalisa data rakaman bagi mengetahui punca sebenar insiden yang berlaku.

Pihak Maritim Malaysia menjangkakan keputusan data akan diperoleh dalam masa terdekat ekoran keadaan kotak hitam tidak mengalami sebarang kerosakan yang teruk.

Terdahulu, operasi pencarian kotak hitam berkenaan telah membabitkan 21 penyelam berhadapan dengan kesukaran akibat arus deras di dasar laut, selain jarak penglihatan di dalam air yang terhad akibat dasar laut berlumpur.

Selain pasukan Penyelam Penyelamat Maritim Malaysia yang dikoordinasikan oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team), misi pencarian kotak hitam turut disertai kru sonar Pusat Hidrografi Nasional (PHN) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB), pihak penyedia perkhidmatan pesawat Maritim Malaysia iaitu Galaxy (M) Sdn Bhd, Bahagian Operasi Udara Maritim Malaysia serta kru kapal dan botMaritim Negeri Selangor.

 

WhatsApp Image 2024 04 17 at 6.39.14 PM   WhatsApp Image 2024 04 17 at 6.39.16 PM   WhatsApp Image 2024 04 17 at 6.39.18 PM   WhatsApp Image 2024 04 17 at 6.39.19 PM
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON