02
Thu, May

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG

LUMUT, 17 APRIL – Maritim Negeri Perak merampas sebanyak 30 set bubu naga atau bubu kamban (China Prawn Net Trap) di kedudukan sekitar 4.4 batu nautika dari barat daya Pulau Talang, pada jam 6.30 petang semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, bubu yang berukuran hampir 10 meter panjang setiap satu itu dipasang secara berangkai telah dikesan oleh pasukan bot ronda Maritim Malaysia dalam rondaan rutin OP SAYONG / OP PINTAS / OP TANJUNG / OP TIRIS dan OP KHAS PAGAR LAUT melalui penemuan bendera yang mencurigakan di lokasi terbabit.

Tinjauan secara dekat oleh anggota Maritim Malaysia mengesahkan, objek terapung bersama bendera berwarna merah yang diikat pada pancang kayu dipercayai adalah penanda kepada bubu naga dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kesemua bubu naga yang dirampas dalam anggaran nilai lebih dua ribu ringgit itu kemudiannya diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Jika disabitkan kesalahan, individu yang melakukan kesalahan berkenaan akan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai terutamanya komuniti maritim diseru agar terus berkongsi maklumat bagi sebarang pelanggaran undang-undang di laut dengan menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 untuk tindakan segera.

 

WhatsApp Image 2024 04 17 at 1.19.36 PM 1   WhatsApp Image 2024 04 17 at 1.19.33 PM   WhatsApp Image 2024 04 17 at 1.19.34 PM 3   WhatsApp Image 2024 04 17 at 1.19.36 PM 2

 

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON