02
Thu, May

GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA

TAWAU, 17 APRIL – Zon Maritim Tawau telah menahan sebuah bot kargo tempatan yang membawa muatan pelbagai barangan runcit dan barang kawalan tanpa pengisytiharaan pada jam 1.15 petang semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Shahrizan bin Raman berkata, berdasarkan maklumat Pusat Operasi Zon Maritim Tawau yang diterima dari orang awam mengenai aktiviti pemunggahan barangan runcit di kawasan Jeti, bot ronda Maritim Malaysia ketika dalam OP KHAS PAGAR LAUT dan OP TIRIS telah diatur gerak ke lokasi iaitu di kedudukan 0.4 batu nautika selatan Jeti CIQ Tawau.

Pemeriksaan ke atas bot yang ditahan mendapati, seorang warga tempatan berusia 37 tahun bertindak selaku juragan bot telah membawa muatan 200 kilogram beras, 10 kotak minyak masak, 204 kilogram gula pasir, tiga gelen petrol dan tiga tong gas LPG disyaki untuk pasaran di Pulau Sebatik.

Pemeriksaan lanjut mendapati juragan berkenaan gagal mengemukakan dokumen pengisytiharaan kastam berkaitan barangan yang dibawa dan tidak mempunyai lesen runcit beras.

Juragan, bot serta muatan tersebut ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Tawau untuk disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994. Kesemua barangan termasuk bot kargo, enjin bot dan muatan barangan disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah hampir RM27 ribu.

Modus operandi yang digunakan oleh peniaga dengan membawa barangan runcit dalam kuantiti yang kecil namun secara berulang perlu dibanteras bagi mengelakkan sindiket penyeludupan membawa barang kawalan tersebut ke negara jiran.

Sebarang maklumat, aduan dan insiden kecemasan di laut orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

TAWAU SELUDUP BRG 3
 
TAWAU SELUDUP BRG 2
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON