02
Thu, May

27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

LUMUT, 15 APRIL – Maritim Negeri Perak merampas sebanyak 27 set bubu naga atau bubu kambang (China Prawn Net Trap) di kedudukan sekitar 2.2 batu nautika dari barat laut Pulau Talang, Perak kira-kira pada jam 1.00 tengah hari  semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, bubu yang berukuran hampir 10 meter itu dipasang secara berangkai dikesan pasukan bot ronda Maritim Malaysia dalam OP SAYONG / OP PINTAS / OP TANJUNG / OP TIRIS dan OP KHAS PAGAR LAUT.

Tinjauan secara dekat oleh anggota Maritim Malaysia mendapati bendera berwarna merah yang mencurigakan terapung di permukaan air diikat pada pancang kayu itu adalah berfungsi sebagai penanda bubu naga oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kesemua bubu naga yang dirampas itu dianggarkan bernilai hampir dua ribu ringgit diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Jika disabitkan kesalahan, individu yang melakukan kesalahan berkenaan akan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam kejadian berasingan, Malaysia Negeri Perak telah menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C kerana melanggar syarat sah lesen di kedudukan 8.8 batu nautika barat daya Sungai Belukang, Perak kira-kira pada jam 1.00 tengah pada sabtu lalu.

Bot terbabit dikesan ketika sedang menangkap ikan dalam rutin rondaan pasukan operasi Maritim Malaysia menerusi OP SAYONG / OP TANJUNG / OP PINTAS / OP TIRIS dan OP KHAS PAGAR LAUT di sekitar perairan negeri Perak.

Pemeriksaan awal mendapati, bot berkenaan dikendalikan oleh seorang tekong bersama tiga kru warga Myanmar berumur dalam lingkungan 34 hingga 45 tahun.

Pemeriksaan lanjut mendapati, bot itu beroperasi kurang dari 12 batu nautika dari daratan dan gagal mengemukakan dokumen kebenaran menggajikan pekerja warga asing.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen.

Kesemua nelayan ditahan, manakala bot dan 100 kilogram hasil tangkapan serta peralatan menangkap ikan dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Maritim Malaysia di talian Pusat Operasi Maritim Negeri Perak (05-6838737) atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2024 04 15 at 12.18.38 PM 2   WhatsApp Image 2024 04 15 at 12.18.39 PM 3   WhatsApp Image 2024 04 15 at 12.18.39 PM 4   WhatsApp Image 2024 04 15 at 12.18.40 PM 2
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON