02
Thu, May

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

LUMUT, 13 APRIL – Maritim Negeri Perak menahan dua bot nelayan tempatan kelas B di kedudukan 3.8 dan 3.9 batu nautika timur Pulau Lalang, Perak kira-kira pada jam 11.10 dan 11.15 pagi semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, kedua-dua bot terbabit dikesan ketika sedang leka melakukan aktiviti perikanan oleh pasukan bot peronda ketika melakukan rondaan menerusi OP SAYONG, OP PINTAS, OP TIRIS dan OP KHAS PAGAR LAUT di sekitar perairan negeri Perak.

Pemeriksaan mendapati, kedua-dua bot berkenaan dikendalikan oleh dua tekong bersama dua kru warga tempatan berumur dalam lingkungan 21 hingga 46 tahun.

Pemeriksaan lanjut mendapati, kedua-dua bot terbabit beroperasi kurang daripada 5 batu nautika dari daratan.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana kedua-dua bot terbabit beroperasi kurang daripada 5 batu nautika dari daratan.

Kesemua nelayan ditahan, manakala bot, hasil tangkapan dan peralatan menangkap ikan dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian berasingan, Maritim Negeri Perak telah merampas sebanyak 25 set bubu naga atau bubu kambang (China Prawn Net Trap) di kedudukan sekitar 2.5 batu nautika dari barat laut muara sungai Pantai Remis, Perak sekitar pukul 3.30 tengahari, Khamis lalu.

Mengulas lanjut berkaitan kes tersebut, Shukri memaklumkan ketika anggota bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan OP SAYONG / OP PINTAS / OP TANJUNG / OP TIRIS dan OP KHAS PAGAR LAUT telah mengesan bubu naga yang berukuran lebih kurang 10 meter panjang setiap satu yang dipasang secara berangkai.

Jelas beliau, tinjauan secara dekat oleh anggota bot ronda mengesahkan bendera berwarna biru mencurigakan terapung di permukaan air yang diikat pada pancang kayu adalah penanda kepada bubu naga ini dipasang oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

Kesemua bubu naga yang dianggarkan bernilai hampir dua ribu ringgit itu dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Jika disabitkan kesalahan, individu yang melakukan kesalahan berkenaan akan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Maritim Malaysia di talian Pusat Operasi Maritim Negeri Perak (05-6838737) atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

 

LUMUT BOT BUBU
 
LUMUT BOT BUBU 2
 
LUMUT BOT BUBU 4
 
LUMUT BOT BUBU 6
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON