02
Thu, May

MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT BERSAMA MUATAN 500 LITER PETROL TANPA PERMIT

TAWAU, 12 APRIL – Zon Maritim Tawau merampas sebuah bot penumpang tempatan yang membawa muatan 500 liter bahan api tanpa sebarang permit dalam kejadian awal pagi semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, terdahulu bot ronda Maritim Malaysia yang menjalankan OP KHAS PAGAR LAUT dan OP TIRIS telah berjaya mengesan sebuah bot penumpang dalam keadaan mencurigakan bergerak laju dari perairan Tawau menuju ke Pulau Sebatik pada jam 9.40 pagi.

Ketika bot ronda Maritim Malaysia cuba menghampiri bot suspek untuk pemeriksaan, juragan bot itu bertindak memecut laju ke jeti CIQ Tawau dan melarikan diri dengan meninggalkan bot serta muatan.

Pemeriksaan ke atas bot penumpang itu mendapati, terdapat lebih 20 gelen bahan api jenis petrol dipercayai cuba diseludup keluar tanpa kebenaran.

Bot bersama muatan dirampas seterusnya dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Jumlah kesemua barangan termasuk bot penumpang, enjin dan muatan yang disita dianggarkan bernilai RM43 ribu.

Modus operandi suspek adalah membawa bahan api dalam kuantiti yang kecil secara berulang kali ke negara jiran.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

TAWAU DIESEL

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON