02
Thu, May

TAHAN BOT TUNDA, TIADA LESEN PERKAPALAN DALAM NEGERI (DSL)

KUCHING, 10 APRIL – Maritim Negeri Sarawak menahan sebuah bot tunda pada jarak lebih kurang 0.6 batu nautika tenggara Tanjung Muara Tebas malam semalam.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh berkata, pada jam 8.50 malam semalam, KM TUN FATIMAH ketika dalam rondaan OP KHAS PAGAR LAUT di sekitar perairan Kuching telah mengesan sebuah bot tunda dalam keadaan yang mencurigakan.

Hasil pemeriksaan mendapati bot itu dikendalikan enam kru lelaki, terdiri daripada empat warga tempatan, seorang warga India dan seorang lagi warga Indonesia berumur dalam lingkungan 25 hingga 68 tahun.

Kesemua mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Kru dan bot tunda ditahan sebelum diiring masuk ke jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) Muara Tebas untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952/60 kerana gagal mengemukakan Domestic Shipping License (DSL) atau lesen perkapalan dalam negeri yang sah.

Sebarang aduan serta maklumat berkenaan aktiviti mencurigakan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

TAHAN BOT TUNDA

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON