02
Thu, May

PINDAH 10,000 LITER DIESEL SECARA ‘HARAM’, SEBUAH BOT TUNDA DAN LORI TANGKI DISITA

TAWAU, 9 APRIL – Zon Maritim Tawau menahan sebuah bot tunda serta sebuah lori tangki yang didapati sedang menjalankan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran di perairan Tanjung Batu, Tawau awal pagi tadi.

Pengarahnya, Kepten Maritim Shahrizan bin Raman berkata, bot ronda Maritim Malaysia dalam OP KHAS PAGAR LAUT, OP PLUTO TIMUR dan OP TIRIS telah menerima maklumat dari unit risikan Zon Maritim Tawau mengenai aktiviti pemindahan minyak di jeti Komsa Tanjung Batu kira-kira pada jam 2.10 pagi.

Pasukan operasi Maritim Malaysia bertindak ke lokasi dan mendapati sebuah lori tangki berada di jeti terbabit sedang menjalankan aktiviti pemindahan minyak ke sebuah bot tunda.

Semasa serbuan, kesemua suspek berjaya ditahan membabitkan seorang ketua kapal warga Myanmar bersama empat awak-awak, masing-masing dua warga Indonesia, seorang warga Myanmar dan seorang lagi warga tempatan.

Manakala pemandu lori juga warga tempatan ditahan dalam serbuan itu.

Kesemua suspek ialah lelaki dalam lingkungan umur 32 hingga 57 tahun.

Pemeriksaan terhadap dokumen mereka mendapati tiada sebarang permit kebenaran berkaitan aktiviti pemindahan minyak dikemukakan.

Bot tunda dan lori tangki disita bersama muatan sebelum diiring ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kemajuan Petroleum 1974 kerana menjalankan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran.

Nilai rampasan termasuk bot tunda, lori tangki dan muatan dianggarkan berjumlah hampir RM250 ribu.

Sebarang aduan, maklumat dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-750 116 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

SELUDUP MINYAK 2
 
SELUDUP MINYAK 3
 
SELUDUP MINYAK 4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON