28
Sun, Apr

34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG

LUMUT, 17 Mac – Maritim Negeri Perak merampas sebanyak 34 set bubu naga atau bubu kambang (China Prawn Net Trap) di kedudukan sekitar 4.3 batu nautika dari barat daya Pulau Talang, Perak pada sekitar jam 3.00 pagi tadi.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, bubu yang berukuran lebih kurang 10 meter panjang setiap satu yang dipasang secara berangkai ini dikesan oleh pasukan bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan OP SAYONG / OP PINTAS / OP TANJUNG dan OP TIRIS.

Hasil tinjauan secara dekat oleh anggota bot ronda mengesahkan bubu naga ini dipasang oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

Kesemua bubu naga yang dianggarkan bernilai lebih dua ribu ringgit itu dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Jika disabitkan kesalahan, individu yang melakukan kesalahan berkenaan akan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut orang ramai boleh menyalurkannya ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 untuk tindakan segera.

 

WhatsApp Image 2024 03 17 at 2.44.48 PM
 
 WhatsApp Image 2024 03 17 at 2.44.48 PM 1
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON