04
Sat, May

MARITIM MALAYSIA LUPUS DADAH BERNILAI LEBIH RM1.04 JUTA

TANJUNG MINYAK, 13 Mac – Dadah seberat 26 kilogram bernilai lebih RM1.04 juta telah berjaya dilupuskan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan kerjasama MEDIVEST Sdn. Bhd. dekat sini hari ini.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Haji Mohd Khairi bin Haji Abd Aziz berkata, pelupusan dadah jenis Methamphetamine ini dilaksanakan selepas Maritim Malaysia menerima perintah rasmi Mahkamah untuk dilucut hak setelah kes berkenaan selesai dibicarakan.

Tambahnya, kesemua dadah tersebut adalah hasil rampasan yang dilakukan oleh Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan pada tahun 2022.

Jelasnya lagi, proses pelupusan dadah ini dijalankan dengan menggunakan kaedah pembakaran melalui incinerator yang diuruskan oleh MEDIVEST Sdn. Bhd.

Kaedah ini dipilih kerana selamat dan berkesan tanpa mencemarkan alam sekitar.

Turut hadir menyaksikan pelupusan ini, Timbalan Pengarah (Operasi) Negeri, Komander Maritim Norrimi bin Hassan, Timbalan Pengarah (Pengurusan) Negeri, YM Raja Noorazmi bin Raja Ismail, Pengurus Kanan Sisa Penjagaan Kesihatan MEDIVEST Sdn. Bhd, Puan Nadiratul Noziana binti Abd Majid dan Pengurus Loji, MEDIVEST Sdn. Bhd, Encik Tariq bin Fuad.

 

LUPUS DADAH 2   LUPUS DADAH 3   LUPUS DADAH 4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON