06
Mon, May

CARILAMAT | LELAKI DISYAKI LEMAS KETIKA BERIADAH DI PANTAI BATU BURUK

KUALA TERENGGANU, 18 Februari – Seorang lelaki berusia 43 tahun hilang dikhuatiri lemas di Pantai Batu Buruk, berhadapan Hotel Primula hari ini.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid @ Razali berkata, mangsa dikenali sebagai Zulkarnain Ab Zubir, dikhuatiri lemas ketika berenang di pantai berkenaan selepas beliau datang untuk beriadah bersama keluarga sempena cuti sekolah.

Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) telah diaktifkan pada jam 12.15 tengah hari tadi oleh Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan.

Pengkalan hadapan CARILAMAT turut ditubuhkan di lokasi kejadian bagi menyelaras operasi tersebut.

Tiga aset, masing-masing dari Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah diatur gerak bagi melakukan pencarian di lokasi.

Sektor pencarian tertumpu pada jarak satu batu nautika radius dari kawasan mangsa disyaki hilang..

Pencarian pada hari ini ditangguhkan pada jam 7 petang tadi berikutan keadaan mula gelap dan ombak bergelora.

Pencarian akan bersambung semula pada jam 7.00 pagi esok.

Khairulanuar dalam pada itu menasihati orang ramai untuk mengambil langkah sentiasa berwaspada dalam menjaga keselamatan ketika beriadah di laut bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku.

Tambahan beliau, kerjasama daripada masyarakat terutamanya komuniti maritim amat diperlukan bagi memupuk kesedaran kepada pengunjung tentang keselamatan serta melaporkan sebarang maklumat kejadian kecemasan yang berlaku di perairan negara ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Terengganu di talian 09-6223657.

 

WhatsApp Image 2024 02 19 at 10.08.22 AM

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON