16
Thu, May

ENJIN BOT ROSAK, DUA NELAYAN TEMPATAN BEJAYA DITEMUKAN

PONTIAN, 5 Januari – Maritim Negeri Johor berjaya menemukan dua nelayan tempatan selepas dilaporkan tidak dapat dihubungi oleh pihak keluarga di perairan Tanjung Piai semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria berkata, dua nelayan tempatan iaitu Mohd Tan Sahubat, 55 dan Mohd Safiuddin, 35, dilaporkan keluar ke laut pada pukul 3.30 petang dan gagal dihubungi setelah memaklumkan bahawa bot yang dinaiki mereka mengalami masalah sekitar perairan Pendas pada pukul 10.00 malam yang sama.

Ekoran kejadian tersebut, pihak keluarga mangsa telah menghubungi Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru pada jam 11.20 malam bagi memohon bantuan dan sebuah bot ronda Maritim Malaysia, PERKASA 42 telah diatur gerak untuk mencari mangsa.

Kedua-dua mangsa berjaya ditemukan sekitar jam 1.30 pagi tadi di kedudukan 4.1 batu nautika timur laut Tanjung Piai.

Mangsa berjaya membaiki kerosakan enjin bot dan diiring pulang oleh bot PERKASA 42.

Pihak MRSC Johor Bahru mengingatkan komuniti nelayan agar sentiasa memastikan bot dalam keadaan baik dan memiliki peralatan keselamatan yang lengkap sebelum turun ke laut terutama pada musim Monsun Timur Laut.

Sekiranya mengalami sebarang kecemasan di laut, segera hubungi pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-2199401 atau talian kecemasan MERS 999.

 

PONTIAN ROSAK
 
PONTIAN ROSAK 2
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON