16
Thu, May

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT TUNDA KELAS B DITAHAN

LUMUT, 5 Januari – Sebuah bot nelayan tempatan kelas B bersama empat nelayan warga tempatan termasuk tekong dan kru ditahan Maritim Negeri Perak di kedudukan 4.3 batu nautika barat daya Tanjung Lomba-Lomba, Perak selepas bot terbabit didapati melanggar syarat lesen iaitu beroperasi kurang daripada 5 batu nautika dari daratan tengahari semalam .

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup berkata, bot terbabit dikesan sedang melakukan aktiviti perikanan oleh pasukan operasi bot ronda Maritim Malaysia ketika melakukan rondaan rutin menerusi OP TANJUNG dan OP SAYONG di perairan Perak.

Hasil pemeriksaan mendapati, bot itu dikendalikan oleh seorang tekong bersama tiga orang kru warga tempatan berumur dalam lingkungan 52 hingga 67 tahun.

Kesemua nelayan ditahan, bot dan hasil tangkapan ikan dirampas serta diserah kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan siasatan di bawah Akta Perikanan 1985.

Maritim Malaysia menegaskan kepada komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan diambil.

Sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Maritim Malaysia di talian Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

LANGGAR TUNDA

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON