27
Mon, Apr

KETUA PENGARAH MARITIM RASMIKAN EKSESAIS MARITIM PERKASA BARAT SIRI 6/2023

KLANG, 26 November – EKSESAIS PERKASA BARAT siri 6/2023 secara rasminya bermula hari ini dengan melibatkan 14 aset kapal dan 2 aset udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Majlis Pembukaan eksesais telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid bin Hj Mohd Amin bertempat di Hotel Wyndham Acmar Klang. Eksesais ini berlangsung bermula pada 26 November sehingga 3 Disember 2023.

Objektif eksesais ialah bagi mempertingkatkan keupayaan warga lapangan termasuk keupayaan pengendalian aset serta mempamerkan elemen cegah rintang di Zon Maritim Malaysia khususnya di perairan Selat Melaka.

Eksesais Maritim Perkasa Siri 6/2023 Barat ini dilaksanakan bermula di perairan Negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang hingga ke perairan Kedah dan Perlis.

Laksamana Maritim Datuk Hamid berkata dalam ucapannya, perlaksanaan eksesais ini akan dapat meningkatkan aspek interoperability aset-aset Maritim Malaysia dari negeri yang berbeza serta pesawat udara dalam melaksanakan operasi menerusi pelbagai evolusi di laut.

Antara lainnya, dengan adanya eksesais seumpama ini, secara tidak langsung dapat memperlihatkan keseriusan Maritim Malaysia dalam menitik berat aspek kepentingan memiliki ilmu yang tinggi bagi melaksanakan tugas teras di laut seperti penguatkuasaan undang-undang dan CARILAMAT di laut.

Eksesais Maritim Perkasa Siri 6/2023 Barat ini melibatkan keseluruhan 500 warga Maritim Malaysia. Turut bersama dalam majlis perasmian iaitu Kepten Maritim Shahref Steve Mac Queen bin Abdullah Pengarah Eksesais dan Kepten Maritim Sharenliza bin Mohd Ghazali selaku penganjur perasmian Eksesais.

Terakhir, siri Eksesais Maritim Perkasa telah diadakan di perairan Negeri Sabah dan Sarawak pada 28 Oktober hingga 4 November 2023.

 

MARITIM PERKASA 8   MARITIM_PERKASA_7.jpg   MARITIM PERKASA 4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON