27
Mon, Apr

MSAR | OP SAR MV KMTC SHENZHEN DI PERAIRAN PELABUHAN KLANG

PELABUHAN KLANG, 13 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor dan agensi sahabat masih lagi meneruskan operasi memadam kebakaran kontena di atas kapal MV KMTC SHENZHEN petang tadi.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Selangor, Komander Maritim Mohd Sharenliza bin Ghazali berkata, operasi yang dikoordinasikan Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Johor Bahru ini disambung pada hari kedua bermula jam 1.00 pagi.

Pemantauan berterusan telah dilaksanakan dan mendapati masih terdapat kontena yang mengeluarkan asap kebakaran.

Kapal KM BAGAN DATUK dan bot PERKASA 35 dari Maritim Negeri Selangor telah diatur gerak bersama aset agensi sahabat yang lain iaitu MV POLARIS dari Jabatan Laut Malaysia, bot Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), serta 4 bot tunda daripada Westport dan Northport.

JBPM Negeri Selangor juga telah menghantar Pasukan HAZMAT seramai 10 pegawai dan anggota ke kapal bagi membantu menilai risiko dan merancang pelan tindakan susulan.

Pihak Bomba memaklumkan jumlah keseluruhan kontena di atas kapal tersebut adalah sebanyak 1189 buah dan 9 buah direkodkan terbakar setakat ini.

Operasi menyelamat yang dikoordinasikan Maritim Negeri Selangor setakat ini berjaya mengawal kebakaran dari merebak ke kawasan yang berisiko tinggi.

Kru kapal 18 orang termasuk kapten selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) ditubuhkan di Bilik Gerakan Krisis Westport bagi mengkordinasikan dan memantau kerja-kerja pemadaman api.

Seramai 111 pegawai dan anggota telah terlibat dalam usaha memadamkan kebakaran ini.

Perkembangan berhubung insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sebarang maklumat berkaitan jenayah dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

20230813171304 IMG 3200 01
 
20230813180224 IMG 3460 01
 
20230813180733 IMG 3520 01
 
20230813181751 IMG 3547 01
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON