27
Mon, Apr

TIADA KEBENARAN MENGGUNAKAN KRU WARGA ASING, TIGA NELAYAN WARGA THAILAND DITAHAN

KUALA KURAU, 12 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Kuala Kurau telah menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C bersama tiga nelayan warga Thailand di kedudukan 1.6 batu nautika barat daya Kuala Kurau, Perak pada sekitar jam 1.10 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan bin Azman Hamid berkata bot itu dikesan serta ditahan semasa pasukan operasi melakukan rondaan rutin di perairan Kerian dan Larut Matang.

Hasil pemeriksaan menemukan seramai tiga nelayan warga Thailand termasuk tekong masing-masing berumur 55 hingga 59 tahun memiliki dokumen pengenalan diri berada di atas bot.

Pemeriksaan lanjut mendapati bot itu memiliki lesen yang sah namun tidak memiliki kebenaran menggunakan kru warga asing oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Kesemua nelayan, bot dan peralatan menangkap ikan ditahan serta dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu tidak memiliki kebenaran menggunakan kru warga asing secara sah.

Maritim Malaysia akan terus komited dalam menguatkuasakan undang-undang di perairan negara dan tiada kompromi kepada pesalah yang ingkar.

Sebarang aduan dan kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh melaporkan kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2023 08 12 at 11.34.11

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON