20
Mon, May

EMPAT BOT FIBER DITAHAN KERANA LANGGAR SYARAT LESEN DAN GUNA KRU ASING TANPA KEBENARAN

PELABUHAN KLANG, 17 Jun – Akibat gagal mempamerkan lesen dan dokumen kebenaran bekerja di atas bot, Maritim Negeri Selangor telah menahanempat bot fiber di perairan Pantai Remis pada jam 11.28 pagi hingga 11.45 pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Siva Kumar a/l Vengadasalam berkata, berpandukan risikan yang dilakukan bot ronda Maritim Malaysia dalam OP EHSAN dan OP TIRIS mendapati, keempat-empat bot fiber berkenaandikesan melakukan aktiviti perikanan tanpa sebarang lesen dan dokumen yang sah.

Hasil pemeriksaan awal pasukan Maritim Malaysia mendapati, empat bot fiber itu dikendalikan dua warga Indonesia setiap bot berumur lingkungan 26 tahun hingga 55 tahun.

Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen mendapati, tiga bot fiber berkenaan melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana gagal mempamerkan lesen dan tidak mengemukakan sebarang dokumen kebenaran untuk bekerja di atas bot kerana syarat pengoperasian bot hendaklah diusahakan sendiri pemiliknya, serta melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 kerana tidakmempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Manakala sebuah lagi bot telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana bot beroperasi tanpa lesen yang sah serta tiada nombor pendaftaran dan turut melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 dimana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Hasil soal siasat, difahamkan kesemua suspek telah dibayar gaji bulanan sebanyak seribu ringgit dengan komisen tambahan mengikut jumlah hasil tangkapan.

Kesemua mereka serta bot dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap pelanggaran undang-undang di Zon Maritim Malaysia dan akan terus membuat rondaan serta pemantauan di perairan negara.

Sebarang aduan dan maklumat mengenai kegiatan jenayah serta kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

54653fbadfbbcec154653fbadfbbcec1WhatsAppImage2023 06 17at11.19.35 
 
 85897fd569909e4c85897fd569909e4cWhatsAppImage2023 06 17at11.19.3528129
 
 b7d718f1e511db45b7d718f1e511db45WhatsAppImage2023 06 17at11.19.3528229
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON