26
Fri, Apr

CEROBOH PERAIRAN NEGARA BOT NELAYAN ASING BERSAMA ENAM KRU DITAHAN

 

PULAU PINANG, 2 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang telah menahan sebuah bot nelayan asing (BNA) dari Indonesia di sekitar 48.0 batu nautika barat daya Pulau Kendi pada jam 12.00 tengah hari, pada 31 Mei lalu.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, bot berkenaan ditahan kerana disyaki melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan Malaysia.

Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot terbabit tidak mempunyai nombor pendaftaran dan dikendalikan oleh enam kru termasuk tekong warga Indonesia berusia lingkungan umur 18 hingga 51 tahun.

Pemeriksaan ke atas dokumen kru serta tekong mendapati kesemua mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan pas perjalanan yang sah untuk memasuki perairan Malaysia.

Kesemua kru kemudian ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia tanpa memiliki suatu pas yang sah.

Bot, kru serta 50 liter minyak diesel dirampas dan diiring ke jeti Limbungan Batu Maung , Pulau Pinang untuk siasatan lanjut.

Sebarang aduan mengenai aktiviti jenayah dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkan maklumat ke MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146 untuk maklum balas segera.

6 kru ditahan

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON