28
Thu, Mar

ZM TANJUNG MANIS TAHAN BOT NELAYAN DAN KAPAL KARGO ATAS PELBAGAI KESALAHAN

TANJUNG MANIS, 13 Mei – Zon Maritim Tanjung Manis telah menahan sebuah bot nelayan tempatan pada jarak lebih kurang 3.5 batu nautika dari barat laut Pantai Alit, Kabong pada jam 1.38 tengah hari, semalam.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak Anak Numpang berkata, pada pukul 9.00 pagi semalam, Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Manis telah menerima panggilan menerusi telefon berkenaan aduan terdapat aktiviti menangkap ikan dengan menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan iaitu pukat tunda oleh beberapa buah bot nelayan pada jarak dua batu nautika dari Pantai Alit, Kabong.

Sejurus menerima aduan tersebut, aset Maritim Malaysia diatur gerak ke lokasi untuk membuat pemantauan pada jam 1.05 tengah hari aset Maritim Malaysia telah mengesan sebuah bot nelayan tempatan kelas A dalam keadaan yang mencurigakan disyaki sedang leka melakukan aktiviti penangkapan ikan dengan menggunakan pukat tunda.

Hasil pemeriksaan dan geledah mendapati, bot berkenaan disyaki telah melanggar syarat sah lesen dengan menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan.

Kesemua tiga kru lelaki warga tempatan, berumur dalam lingkungan 21 tahun hingga 59 tahun, bot nelayan serta peralatan menangkap ikan ditahan dan diiring masuk ke Jeti Terminal Tanjung Manis untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985 kerana disyaki telah melanggar syarat sah lesen dengan menangkap ikan menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan.

Dalam pada itu, sebuah kapal kargo turut ditahan pada jarak sekitar 2.8 batu nautika tenggara Tanjung Sedi, Daro pada jam 11.14 pagi semalam.

Hasil pemeriksaan dan penggeledahan kapal kargo itu gagal mengemukakan dokumen ketika diperiksa oleh Maritim Malaysia.

Kesemua lima kru lelaki warga asing dan seorang lelaki warga tempatan, berumur dalam lingkungan 21 tahun hingga 67 tahun, serta kapal kargo turut diiring ke Jeti Terminal Tanjung Manis untuk siasatan lanjut di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

 

TANJUNG MANIS 2   TANJUNG MANIS 3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON