20
Mon, May

CASEVAC | BOT PANCING ROSAK, MARITIM MALAYSIA BANTU EMPAT PEMANCING TERKANDAS ENAM JAM

PELABUHAN KLANG, 7 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Maritim Negeri Selangor telah melaksanakan 'Casualty evacuation' (CASEVAC) kepada empat pemancing yang terkandas selama enam jam di perairan Pulau Tengah.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Siva Kumar a/l Vengadasalam berkata, Pusat Operasi (PUSOP) Maritim Negeri Selangor telah menerima aduan daripada Maritime Rescue Sub centre (MRSC) Johor Bahru pada sekitar jam 9.45 malam tadi bahawa terdapat sebuah bot pancing yang rosak dan terkandas yang dinaiki empat pemancing di kedudukan 1.6 batu nautika selatan Pulau Tengah.

Sejurus menerima maklumat, bot PERKASA 36 yang sedang dalam rondaan operasi telah diatur gerak ke lokasi.

Keempat-empat mangsa iaitu, Asfian bin Abu Bakar, 44 bersama anak Arfan Rafiq bin Asfian, 18, dari Shah Alam, Zamri Che Ani, 45, dari Kuala Lumpur dan Ahmad bin Ali, 66, dari Ampang ditemukan memakai jaket keselamatan berjaya diselamatkan dan dibawa ke jeti Polis Marin, Pulau Indah.

Kesemua mangsa selamat tiba dan tidak mengalamai kecederaan manakala bot pemancing terpaksa ditinggalkan di lokasi dalam keadaan bersauh kerana mengalami kebocoran.

Bantuan CASEVAC ditamatkan pada jam 1.35 pagi

CASAVEC adalah operasi pemindahan mangsa yang cedera menggunakan jalan laut atau udara yang tidak menggunakan kenderaan perubatan bagi memindahkan mangsa ketika kecemasan.

Maritim Malaysia menyarankan agar peminat sukan memancing yang gemar melakukan aktiviti memancing di laut meningkatkan tahap kesedaran keselamatan yang tinggi dan mengambil langkah yang bijak dengan memakai jaket keselamatan ketika berada di laut.

Komuniti pemancing juga diingatkan agar menyimpan nombor talian kecemasan 999 dan adalah lebih baik untuk memiliki peranti kecemasan peribadi 'Personal Locator Beacon' yang boleh membantu pasukan penyelamat bagi mengesan kedudukan pemilik peranti bagi tujuan menyelamat di saat kecemasan.

Sebarang insiden kemalangan ataupun kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk tindakan segera.

 

WhatsApp Image 2023 05 07 at 13.00.05   WhatsApp Image 2023 05 07 at 13.00.05 2   WhatsApp Image 2023 05 07 at 13.00.05 1

 

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON