20
Mon, May

BOT TUNDA BESERTA BARGE DITAHAN, KESALAHAN DI BAWAH ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR (MSO) 1952

LABUAN, 16 April – Zon Maritim Labuan telah menahan sebuah bot tunda beserta barge di kedudukan 4.0 batu nautika Timur Laut Pulau Labuan, sekitar pukul 9.20 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin bin Jusoh berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang dalam rondaan Op Sejahtera , Op Khas Kuda Laut, Op Tiris dan Op Khas Pagar Laut itu telah melakukan pemeriksaan terhadap bot tunda tersebut dan didapati Lesen Perkapalan Domestik (DSL) telah tamat tempoh.

Semasa diperiksa, bot tunda beserta barge tersebut dikendalikan oleh seorang kepten bot, 58 tahun diikuti dengan seorang Chief Officer dan Ketua Jurutera berumur 33 tahun dan 45 tahun masing –masing adalah warganegara Myanmar dan Indonesia. Bot tunda itu difahamkan dalam pelayaran dari Brunei ke Tawau.

Bot disyaki telah melakukan kesalahan dibawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) iaitu Lesen Perkapalan Domestik (DSL) telah tamat tempoh.

Nakhoda,kru,bot tunda beserta barge dan dokumen terbabit telah ditahan dan dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan untuk siasatan lanjut.

 

BOT TUNDA LABUAN 2

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON