20
Mon, May

CUBAAN SELUDUP MASUK 4.8 JUTA BATANG ROKOK KRETEK PELBAGAI JENAMA GAGAL

KUALA LINGGI, 13 April – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah berjaya menumpaskan cubaan seludup sejumlah 4.8 juta batang rokok kretek pelbagai jenama di perairan muara Tanjung Gabang, Selangor sempena Op Khas Pagar Laut di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia selaku pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, hasil risikan dan bantuan Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) mendapati sebuah bot pancung dengan enam buah enjin 200 kuasa kuda bergerak dalam keadaan mencurigakan di laluan Traffic Separation Scheme (TSS) ke Tanjung Gabang pada pukul 10.20 malam.

“Menyedari kehadiran aset Maritim Malaysia, suspek dilaporkan bertindak memecut laju untuk meloloskan diri dan berlaku kejar-mengejar selama hampir 30 minit sehingga bot pancung berkenaan memasuki kawasan paya bakau.

Setelah menghampiri bot berkenaan pada kedudukan 0.05 batu nautika barat laut muara Tanjung Gabang, Selangor, pihak Maritim Malaysia mendapati tekong dan awak-awak telah meninggalkan bot dan berjaya melarikan diri,

Pemeriksaan ke atas bot pancung tanpa nombor pendaftaran yang berwarna kelabu, menggunakan enam enjin 200 kuasa kuda jenis Yamaha telah membawa kepada penemuan rokok kretek pelbagai jenama.”

Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan berkata demikian ketika sidang media sempena pengumuman kejayaan kes berkenaan di Pejabat Maritim Negeri Sembilan & Melaka hari ini.

 

  ROKOK LINGGI ROKOK LINGGI 2
     
  ROKOK LINGGI 3 ROKOK LINGGI 4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON