20
Mon, May

GAGAL MENGEMUKAKAN LESEN SEMASA DIPERIKSA, SEBUAH BOT TUNDA DITAHAN

MIRI, 9 April – Zon Maritim Miri menahan sebuah bot tunda disyaki gagal mempamerkan 'Domestic Shipping License' (DSL) dan tidak melaporkan kepada pegawai pelabuhan berkenaan pertukaran nakhoda tengah hari semalam.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing berkata ketika ditahan bot tunda tersebut dalam pelayaran ke Kuala Baram pada jarak lebih kurang 3.3 batu nautika barat laut Kuala Baram pukul 11.00 pagi semalam.

Bot tunda dikendalikan oleh 8 orang warga Indonesia dan seorang warga tempatan berumur dalam lingkungan 27 hingga 70 tahun. Kesemua mereka mempunyai pengenalan diri ketika diperiksa.

Kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, iaitu gagal melaporkan pertukaran nakhoda kepada pegawai pelabuhan dan bawah Peraturan-peratuan Perkapalan Dalam Negeri 1981, iaitu gagal mempamerkan DSL ketika diperiksa.

Maritim Malaysia sentiasa komited dalam melaksanakan rondaan dan pemantauan bagi mencegah sebarang bentuk pelanggaran undang-undang, penyeludupan, pencerobohan dan jenayah maritim di sepanjang perairan Malaysia amnya di perairan Zon Maritim Miri khasnya.

 

MIRI LESEN 2

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON