20
Mon, May

BOT NELAYAN PUKAT TUNDA DITAHAN MILIKI ALAT KOMUNIKASI TIDAK BERDAFTAR

KUALA KEDAH, 3 April – Zon Maritim Kuala Kedah berjaya menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C kerana memiliki alat komunikasi tidak berdaftar pada jarak sekitar 2.3 batu nautika barat daya muara Kuala Kedah pada jam 7.20 petang 1 April lepas.

Pengarah Maritim Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti binti Ishak berkata, tangkapan bot nelayan tempatan berkenaan dilakukan oleh bot ronda milik Maritim Malaysia semasa rondaan rutin OP AMAN di sekitar perairan Kuala Kedah.

Hasil pemeriksaan mendapati, bot nelayan berkenaan sedang dalam perjalanan balik ke pangkalan tersebut memiliki dua alat komunikasi jenis radio Very High Frequency (VHF) yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Bot bersama seorang tekong dan dua kru masing-masing warga Thailand dan Kemboja itu dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut.

Kes akan disiasat di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 kerana tidak mempunyai surat kebenaran menggunakan alat komunikasi dan Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen.

Tindakan tegas boleh diambil kepada semua pengusaha bot yang cuba melanggar undang-undang yang telah ditetapkan.

Maritim Malaysia akan terus komited dan menggandakan usaha dalam melakukan operasi dan pemantauan di sepanjang perairan negara dari semasa ke semasa bagi membendung sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang terutamanya menjelang musim perayaan aidilfitri tidak lama lagi.

 

RADIO HARAM 2   RADIO HARAM 3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON