20
Sat, Apr

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) MARITIM MALAYSIA TAHUN 2022

𝗣𝗨𝗧𝗥𝗔𝗝𝗔𝗬𝗔, 𝟭𝟰 𝗠𝗮𝗰 – Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diadakan bagi meraikan 363 pegawai dan anggota yang berkhidmat dengan cemerlang pada tahun 2022.

Daripada jumlah itu, seramai 78 orang merupakan penerima di peringkat ibu pejabat dengan 32 orang adalah pegawai kumpulan pengurusan dan profesional dan 46 orang dari kumpulan pelaksana, manakala seorang penerima ialah Pengarah Maritim Negeri turut diraikan dalam majlis APC kali ini.

Daripada keseluruhan penerima APC di ibu pejabat, terdapat lapan orang pegawai maritim yang akan menerima penganugerahan Reben Perkhidmatan Cemerlang Maritim (R.C.M) kerana telah memperoleh APC sebanyak tiga kali dalam tempoh perkhidmatannya bersama APMM.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Laksamana Maritim Dato’ Zubil Bin Mat Som, Ketua Pengarah APMM bertempat di Auditorium Ibu Pejabat APMM Putrajaya hari ini.

Memetik ucapan Laksamana Maritim Dato’ Zubil Bin Mat Som, pekerjaan adalah satu proses, wadah dan kaedah untuk diberikan kebaikan kepada orang lain, bukan semata-mata hanya untuk makan gaji, tetapi menghadam sebanyak-banyaknya kebaikan dan redha Allah.

Ujar beliau lagi, Rasulullah SAW pernah mengungkapkan saranan menerusi satu hadis Baginda yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah, iaitu “Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, ia melakukannya dengan baik, sempurna dan teliti”. (Hadtih Riwayat Imam Al-Baihaqi).

Majlis Anugerah Cemerlang (APC) diadakan bagi mengiktiraf sumbangan kakitangan kepada Maritim Malaysia. Penghargaan ini juga bertujuan menjadikan anggota berkenaan sebagai contoh atau ‘role model’ untuk sama-sama meningkatkan lagi perkhidmatan demi mencapai matlamat organisasi.

 

WhatsApp Image 2023 03 14 at 13.14.31 2   WhatsApp Image 2023 03 14 at 13.14.31 3   WhatsApp Image 2023 03 14 at 13.14.31
         
WhatsApp Image 2023 03 14 at 13.14.32 1   WhatsApp Image 2023 03 14 at 13.14.32 2   WhatsApp Image 2023 03 14 at 13.14.32 3
         
WhatsApp Image 2023 03 14 at 13.14.32 4   WhatsApp Image 2023 03 14 at 13.14.33 4   WhatsApp Image 2023 03 14 at 13.14.33 1
         
WhatsApp Image 2023 03 14 at 13.14.33 2   WhatsApp Image 2023 03 14 at 13.14.33 5   WhatsApp Image 2023 03 14 at 13.14.33 3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON