28
Thu, Mar

DUA BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN KERANA LANGGAR SYARAT LESEN DAN GAJIKAN PATI

GEORGETOWN, 13 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang menahan dua bot nelayan tempatan pada sekitar jam 11.30 hingga 11.55 pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, penahanan itu dibuat oleh Kapal Maritim Malaysia ketika melakukan pemeriksaan dalam rondaan rutin OP PERTIWI dan OP TANJUNG terhadap dua bot nelayan tempatan kelas C yang sedang berapung pada kedudukan 32 batu nautika Barat Laut Pulau Kendi.

Pemeriksaan awal mendapati, dua bot itu yang berpangkalan di Bagan Hutan Melintang Perak, masing-masing dikendalikan oleh seorang tekong dan empat kru kesemuanya warga Myanmar berumur lingkungan 20 hingga 41 tahun.

Hasil pemeriksaan lanjut, tekong dan kesemua kru dua bot itu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan permit kebenaran menggajikan kru warga asing manakala pemilik bot disyaki melakukan kesalahan kerana membenarkan warga asing tinggal dalam bot kepunyaannya.

Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan warga asing tanpa kebenaran.

Dua bot serta sepuluh kru ditahan termasuk 1,000 kilogram hasil laut sebelum dibawa ke Jeti Pusat Tahanan Vesel Maritim Negeri Pulau Pinang sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan.

Maritim Malaysia mendapati masih terdapat segelintir pengusaha atau pemilik bot yang berdegil menggunakan pendatang tanpa izin (PATI) untuk bekerja di atas bot mereka walaupun amaran telah diberikan dan beberapa tangkapan telah dilakukan.

Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengusaha atau pemilik bot yang melanggar undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia.

Sebarang aduan, salah laku jenayah maritim atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04 - 2626146 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2023 03 13 at 09.59.28 1 
 
 WhatsApp Image 2023 03 13 at 09.59.28 2
 
WhatsApp Image 2023 03 13 at 09.59.28 3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON