10
Fri, May

MAJLIS PENYERAHAN SURAT AKUAN KEANGGOTAAN PSMM MARITIM NEGERI SELANGOR

KLANG, 16 Februari – Agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor telah melaksanakan Majlis Penyerahan Surat Akuan Keanggotaan Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia (PSMM) di Pejabat Maritim Negeri Selangor.

Majlis disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Siva Kumar a/l Vengadasalam diiringi Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Komander Maritim Mohd Sharenliza bin Ghazali.

Seramai 30 orang telah dipilih dalam pengambilan PSMM Maritim Selangor kali ini setelah melalui proses ujian fizikal pada 15 Oktober 2022.

Maritim Negeri Selangor telah menyelaraskan latihan asas secara teori dan praktikal yang merangkumi modul peranan dan tugas Maritim Malaysia, pengenalan undang-undang Akta 633, penggeledahan, tali temali, latihan kawad, kemahiran menembak, ilmu kelautan dan latihan renang.

Penubuhan PSMM amat penting bagi menyokong serta menambah kekuatan sumber manusia dalam tugas-tugas yang ditentukan oleh APMM. Selain memberi peluang kepada orang awam untuk memahami dengan lebih mendalam kerjaya APMM sekaligus mewujudkan hubungan erat dengan masyarakat setempat.

Matlamat penubuhan PSMM merupakan usaha strategik dalam mentransformasikan APMM dalam memastikan visi Agensi menjadi salah satu badan penguat kuasa maritim terbaik dunia bakal dicapai.

 

WhatsApp Image 2023 02 16 at 16.24.05    WhatsApp Image 2023 02 16 at 16.24.04    WhatsApp Image 2023 02 16 at 16.24.06 1 
         
WhatsApp Image 2023 02 16 at 16.24.06 2   WhatsApp Image 2023 02 16 at 16.24.06   WhatsApp Image 2023 02 16 at 16.24.05 1
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON