10
Fri, May

MARITIM NEGERI KELANTAN RAMPAS 410,000 BATANG ROKOK PUTIH

PASIR PUTEH, 14 Februari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kelantan telah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup rokok putih berdasarkan maklumat risikan pada pagi Ahad lalu.
 
Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli bin Syed Ab Rahman berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang beroperasi telah menerima maklumat mengenai cubaan membawa masuk rokok yang disyaki tidak berkastam. 
 
Bertindak atas maklumat, pada pukul 3.45 pagi, bot peronda telah mengesan sebuah bot pancung dalam keadaan mencurigakan yang bergerak perlahan memasuki muara Tumpat.
 
Pihak Maritim Negeri Kelantan kemudiannya telah mengekori bot pancung berkenaan sehingga berdekatan Galeri Tengku Anis, Pengkalan Kubor bagi memerhatikan kegiatan bot tersebut. Hasil pemerhatian didapati bot pancung berkenaan sedang memindahkan bungkusan plastik hitam ke tebing sungai.
 
Menyedari kehadiran bot peronda Maritim Malaysia, suspek terus melarikan diri. Bot peronda bertindak mengejar bot pancung berkenaan namun terpaksa dihentikan setelah suspek berjaya memasuki sempadan Negara Thailand. 
 
Bot peronda seterusnya berpatah balik ke lokasi pemindahan bungkusan plastik hitam. Tim darat turut digerakkan untuk membantu pemeriksaan.
 
Pemeriksaan pada pukul 4.00 pagi mendapati terdapat 41 bungkusan plastik hitam mengandungi rokok putih disyaki tidak bercukai dipercayai diseludup daripada negara jiran. Kesemua bungkusan ini mengandungi lebih kurang 410,000 batang rokok putih dan dianggarkan bernilai RM428,450.00. Kes akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967.
 
Maritim Negeri Kelantan akan terus komited memastikan perairan negeri Kelantan terpelihara daripada sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang, salurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah di laut secara rasmi melalui talian Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Maritim Kelantan di talian 09-778 0070.
 

 

WhatsApp Image 2023 02 14 at 16.04.53 1    WhatsApp Image 2023 02 14 at 16.04.53 2   
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON