09
Thu, May

MARITIM MALAYSIA RAMPAS 105 UNIT BUBU NAGA DALAM TEMPOH DUA HARI DI PERAIRAN KERIAN

KUALA KURAU, 13 Februari - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Kuala Kurau telah merampas 105 unit bubu naga di dua lokasi berbeza di perairan Kerian pada petang semalam dan kelmarin. 
 
Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan bin Azman Hamid berkata, kedua-dua rampasan ini dilakukan setelah mengesan bendera yang mencurigakan disyaki penanda kepada bubu naga ketika bot Maritim Malaysia melakukan rondaan rutin di lokasi.
 
Hasil pemeriksaan terhadap pancang kayu yang dipasang bendera itu, mereka menemukan sebanyak 53 unit bubu naga di kedudukan lapan batu nautika barat daya muara Kuala Gula, Perak pada sekitar jam 5.35 petang pada Sabtu lalu.
 
Manakala 52 unit bubu naga lagi telah ditemukan pada waktu yang sama namun di kedudukan berbeza iaitu enam batu nautika barat daya muara Kuala Kurau, semalam
 
Kesemua bubu naga yang dirampas untuk kedua-dua kes dianggarkan berjumlah RM 7,350 dengan nilai RM 70 setiap set telah dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.
 
Kes disiasat di bawah Seksyen 11 (3)(c) Akta Perikanan 1985 iaitu memasang atau menyebabkan dipasang apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. 
 
Maritim Malaysia mengingatkan kepada semua komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan demi kesejahteraan bersama.
 
Sebarang aduan, salah laku dan insiden kecemasan yang berlaku di laut boleh dilaporkan kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.
 
WhatsApp Image 2023 02 13 at 14.46.21    WhatsApp Image 2023 02 13 at 14.46.21 1    WhatsApp Image 2023 02 13 at 14.46.21 2    WhatsApp Image 2023 02 13 at 14.46.22 1
 
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON