10
Fri, May

MARITIM MALAYSIA PATAHKAN CUBAAN SELUDUP GANJA BERNILAI RM45 RIBU

LANGKAWI, 10 Febuari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis berjaya merampas sembilan kilogram ketulan ganja mampat bernilai RM 45 ribu yang dipercayai cuba diseludup masuk dari negara jiran pada kedudukan 2.9 batu nautika barat laut Pulau Dangli sekitar jam 10.25 malam, semalam.
 
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, rampasan itu dibuat berikutan pengesanan curiga oleh Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) Langkawi yang mengesan pergerakan sebuah bot fiber masuk ke perairan negara dari sempadan Thailand dalam keadaan gelap.
 
Maritim Malaysia Kedah dan Perlis mengerakkan bot peronda yang sedang  melakukan OP AMAN ke lokasi bagi memintas dan menyerbu bot fiber itu.
 
Menyedari kehadiran bot peronda Maritim Malaysia di lokasi, suspek bertindak membuang satu bungkusan guni ke laut dan menukar haluan untuk berpatah balik menuju ke arah sempadan Thailand.
 
Hasil pemeriksaan ke atas bungkusan guni yang dibuang itu mengandungi sembilan ketulan ganja mampat yang diletakkan dalam plastik berwarna emas dengan berat sembilan kilogram dianggarkan bernilai RM 45 ribu. 
 
Semua hasil rampasan dibawa ke Jeti Maritim Bukit Malut sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat. Kes disiasatan di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.
 
Maritim Malaysia akan sentiasa memantau dan memastikan perairan negara terkawal daripada sebarang pelanggaran undang-undang Persekutuan.
 
Sebarang aduan dan maklumat serta insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Maritim Negeri Kedah dan Perlis di talian 04-9662750 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.
 
WhatsApp Image 2023 02 10 at 09.44.59 2 WhatsApp Image 2023 02 10 at 09.44.58  
 
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON